Objektif Program
- Memberi pendedahan jenis-jenis jenayah yang semakin membimbangkan melibatkan remaja
- Meningkatkan kesedaran tentang risiko jenayah melibatkan pelajar
- Mengatur strategi pencegahan dalam usaha mengekang peningkatan kes jenayah
- Membentuk kesepaduan antara pelajar, pihak keselamatan dan institusi pendidikan
- Menggalakkan budaya sekolah yang lebih selamat, hormat dan bebas jenayah
- Memberi panduan cara melaporkan kes jenayah dengan lebih efektif melalui teknologi masa kini dengan penciptaan laman web oleh PDRM Tumpat
- Melahirkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bebas jenayah disamping mempunyai nilai kemanusian, kepekaan dan kesedaran berkaitan jenayah
Hubungi Kami
Jangan takut untuk bersuara. Isi borang ini untuk melaporkan sebarang masalah atau kes berkaitan keselamatan. Mesej anda akan dihantar melalui WhatsApp dan akan dikendalikan dengan penuh tanggungjawab.
Soalan Lazim (FAQ)
Keselamatan & Jenayah Pelajar.
Apa itu buli dan mengapa ia dianggap jenayah di Malaysia?
Buli ialah perbuatan mengganggu, menghina, memperlekeh atau menyakiti orang lain secara berulang-ulang. Mulai 2025, Kanun Keseksaan di Malaysia telah dipinda untuk menjadikan perbuatan buli secara fizikal atau dalam talian sebagai kesalahan jenayah yang boleh membawa kepada denda atau penjara.
Jika saya atau rakan saya dibuli, apa yang perlu dibuat?
Jika berlaku buli, laporkan segera kepada guru, ibu bapa atau terus ke balai polis. Melapor awal membantu pihak berkuasa mengambil tindakan lebih cepat dan melindungi mangsa.
Bolehkah pelajar yang membuli didakwa di mahkamah?
Ya. Pelajar yang melakukan buli boleh disiasat dan didakwa di mahkamah. Jika pelaku berumur bawah 18 tahun, kes akan dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak, bukan mahkamah biasa.
Apa risiko jika saya sembunyikan jenayah buli yang saya tahu?
Jika anda tahu tentang jenayah, terutama jenayah seksual atau buli yang serius, dan tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa, anda boleh dianggap menyembunyikan maklumat penting — ini boleh menyebabkan masalah undang-undang kepada diri sendiri juga.
Bolehkah identiti pelajar mangsa dibongkar di media?
Tidak. Akta Kanak-Kanak 2001 melindungi identiti pelajar bawah 18 tahun dalam kes jenayah supaya tidak dibocorkan kepada umum.
Apakah bentuk buli yang boleh jadi jenayah?
Buli bukan hanya pukul-memukul — termasuk insult, ugutan, menghina di media sosial (cyberbullying) dan menyebarkan maklumat peribadi. Semua ini boleh dikenakan hukuman.
Siapa yang boleh membantu saya melaporkan kes jenayah?
Anda boleh lapor kepada: Guru / Pengetua, Ibu bapa / penjaga, Balai Polis berhampiran. Ini membantu pihak berkuasa bertindak pantas dan selamat
Apa jenis jenayah lain yang sering berlaku di sekolah?
Selain buli, gangguan seksual, serangan fizikal dan gangguan melalui media sosial juga dilaporkan berlaku dan diambil serius oleh polis untuk lindungi murid.